TERGEMPAR : PELABURAN EMAS ENCIK RAFIE

December 6, 2010 1 comment

(seperti yang dihantar ke email gs4tp group)

Pelaburan & Perniagaan Emas :

Tahniah ! Selamat Datang New Dealer Kesepuluh ke Rangkaian Emas Azhar Mokhtar (RAM) – Encik Rafie Yacob

by azhar on November 21, 2010

Saya mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang kepada New Dealer Public Gold iaitu Encik Rafie Yacob daripada Klang, Selangor kerana langkah bijak beliau menyertai Rangkaian Emas Azhar Mokhtar (RAM). Semoga beliau berjaya melangkah ke hadapan dalam perniagaan jual beli Emas Public Gold.

Kepada pelabur-pelabur emas di kawasan Klang, Selangor khasnya , bolehlah menghubungi beliau untuk mendapatkan nasihat tentang pelaburan dan perniagaan emas Public Gold dan segala urusan jual beli terus menghubungi Encik Rafie Yacob di talian 013-2598006.

Link :

http://azharmokhtar.com/
http://www.niagaemas.com/

Categories: Gang.Talk

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PULAI

August 15, 2010 2 comments

Sebonar eh – kalu nak cakap pasal Sekolah Kebangsaan Telok Pulai ni – bukan semuo bebudak GS4TP ni ha daghi sano. Ado daghi nogoghi lain pun ha.

klik untuk link ke portal rasmi SK Telok Pulai

Siol je. Telok Pulai bukan di Negeri Sembilan. Telok Gadong pun bukan. Sungai Udang pun bukan yang Melaka punya tu. Ini kisah SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PULAI yang menjadi tempat membesar hampir separuh dari ahli2 GS4TP.

Ok. Mula2 sekali kita tengok details sekolah indah ni dulu.

Berpandukan sehelai leaflet keluaran sekolah ini (leaflet kaler kuning seh), alamatnya mudah habis.

SEK. KEB. TELOK PULAI
TAMAN BERTEK
41100 KLANG

SELANGOR.

Haa. Mudah untuk dihafal. Bagi yang buat kerja sambilan di rumah mengisi brosur dalam sampul dan pulangkan kepada syarikat penaja – boleh sertakan alamat ni sekali – kalau nak cari pasal. Tapi, harap jangan dibuat gila kerana ia mungkin bukan kerja mulia. Mari kita tengok nombor telefon pihak sekolah iaitu 03 3372 0516.

Wah. Nombor telefon 8 angka la. Erk. Selangor memang dah lama 8 angka? Betul jugak.

(Harap maaf. Penulis masih bermimpi berada di Silver State.)

Sila salin nombor tersebut dan simpan dalam buku telefon anda. Nama kerani yang akan pick up the call tidak diketahui buat masa ini.

Sekolah ini betul2 berada di tengah2 kawasan perumahan. Secocok dengan alamatnya yang berkedudukan dalam TAMAN BERTEK. (Harap anda tidak membaca sebagai ‘bersekedudukan dalam TAMAN BERTEK’. Itu cari nahas namanya.)

Bahagian terakhir sebelum topik ini dibuka untuk perbincangan memori dan hati ke hati – mari kita lihat beberapa nama guru yang masih ada (agaknya) sehingga ke hari ini.

Guru Besar aka The HeadMaster ialah Encik Mohd Azman b Abdul Rashid PJK. Err … tapi tadi baru check dah pun diambil-alih oleh Pn Hajjah Hamidah binti Ali Akhbar. Mohd Hafiz aka Arnodz pula adalah bekas salah seorang Ketua Pelajar aka Head of Student di sekolah ini. Penyandang jawatan Guru Penolong Kanan I pula jatuh kepada Pn Hajjah Faridah bt Mohd Amin. Hafizul aka Encik Penagih Emel pula merupakan salah seorang pemain bola sepak terhandal bagi sekolah ini. Encik Aminuddin b Saai pula merupakan salah seorang Guru Disiplin sekolah ini. Sekolah ini mempunya satu padang bola dan satu padang hoki – tapi bukan di 2 kawasan berlainan.

Ada lagi memori2 lain yang boleh dikongsi bersama. ON PC dan hantar KOMEN ke SINI.

TRIVIA : Puasa cukup tak?

Categories: Gang.Talk Tags:

HARI BELIA 2010 : Rafie_Yacob via Hotmail

Pada tarikh 14 Mei 2010 yang baru berlalu – Rafie Yacob telah menghantar sejenis emel jemputan untuk mengajak semua ahli GS4TP ke program HARI BELIA 2010. Program oleh kerajaan persekutuan Malaysia ini telah dilangsungkan di Putrajaya dan baru berakhir semalam.

Walaupun emel jemputan tersebut hanya dibalas oleh Arnodz sebagai rakan pertama yang meng’refleksologi’kan diri; namun kemudiannya jawapan balas telah bertambah sebanyak … err … 1 emel … oleh AdiBlur.

Oleh itu, tanpa banyak membuang masa memikirkan kenapa tiada sambutan bagi program seperti ini berbanding program JORAN CALL – berikut adalah lampiran yang dihantar oleh Rafie Yacob via Hotmail :

1. Poster Hari Belia 2010.

click to enlarge

2. Peta Lokasi Tapak Acara.

click to enlarge

3. Poster Clash of The Bands

click to enlarge

4. Poster Acara DJ Madness & Youth Jammed.

click to enlarge

5. Pelan Lokasi Creative Youth Gig & Indie Market.

click to enlarge

6. Ruang Niaga.

“oh…ada lagi nie…kalu korang minat nak meniaga kat situ…diaorang ada menyediakan 50 ruangan Bazar untuk label Indiependent semurah RM600 selama 3hari (14-16 may 2010)” – Rafie Yacob via Hotmail

click to enlarge

Categories: Jemputan

Kenangan Ketika Angin Lalu : [dua]

January 22, 2010 Leave a comment

Berikut adalah beberapa kenangan foto2 lama yang tersimpan dalam khazanah Admin.

[dari koleksi F1 Sepang 2004]

[dari koleksi Templer Park New Year  2004]

[dari koleksi Aidilfitri 2005]

Categories: Gang.Talk Tags: ,

IFTAR 3 : “Hidup Bermasyarakat, Kukuhkan Ummah”

August 26, 2009 Leave a comment

kad-jemputan-iftar

Categories: Jemputan

Pelancaran PKJUM 2009.

March 11, 2009 3 comments

Bertempat di Klang – sebagai bandar bersejarah – sebuah majlis pelancaran Persatuan Kaki Jogging Ujung Minggu (PKJUM) telah dilangsungkan di beberapa tapak ‘jogging’ serta aktiviti riadah bebas. Majlis ini seringkali dan telah dirasmikan oleh pelopor bidang pen’jogging’an Gang Simpang 4 Teluk Pulai iaitu Encik Rafie Yaacob atau dengan penggilan manjanya, Wak Pie.

Di atas masalah kesibukan Wak Pie yang juga melantik diri beliau sebagai Presiden PKJUM, pihak wartawan belum mampu menemubual beliau setakat ini. Namun, setelah gencatan senjata dilakukan – pihak wartawan akhirnya dapat menemubual salah seorang Gang Simpang 4 Teluk Pulai, merangkap wakil beliau iaitu Encik Shahrul bin Zam atau dengan nama manjanya, Badau.  

Berikut disertakan petikan ucapan beliau:

 ”Assalamualaikum w.b.t.

Untuk pengetahuan semua – terutama sekali Presiden Persatuan Kaki Jogging Ujung Minggu iaitu yang teramat mulia  Dato’ Sri Dr. Ir. Tun De Javu Rafie Yacob – ahli persatuan semakin bertambah kini. Yang terbaru; persatuan kita telah berjaya menarik seorang kaki pukul yg teramat terkenal di kalangan kita semua iaitu Saudara Bebek. Bagi tepukan yang gemuruh pada beliau. Beliau telah pun memulakan aksi pertama menjoggingkan diri bersama aku di kemuncak Taman Rakyat pada hari semalam. Kini PKJUM telah semakin bertambah ahlinya. Sebelum ini pada ari Sabtu kelmarin menyaksikan kemasukan seorang penjogging baru dlm PKJUM iaitu Saudara Muncung a.k.a. adik kepada Saudara Bulan. Mungkin ada yang kenal mungkin ada yang tertanya2. Tapi itu bukan masalahnye disini. 

Saya selaku Setiausaha yg dilantik sendiri oleh diri sendiri menyeru kepada semua rakan agar menyertai PKJUM ini untuk kesihatan fizikal dan rohani. Marilah bersama2 kita meningkatkan kesihatan diri kita semua. Pesanan ini ditujukan khas kepada mereka2 yg kompom kompom ada penyakit darah tinggi, kencing manis, obesiti, sakit jantung dan sebagai nye. Aktiviti berjogging ini nyata sekali memberi manfaat yg teramat banyak buat penjoggingnye. Kalau anda tidak percaya – tanyalah pada Saudara Presiden PKJUM iaitu Dato’ Sri Dr. Ir. Tun De Javu Rafie. 

Salah satu manfaat yg amat nyata sekali – pencucian mata selang seminggu sekali. [bunyi ketawa ini telah disensorkan] Untuk mereka mereka yg masih bujang – berjogging boleh dijadikan sandaran untuk memikat aweks aweks bergantung pada tempat jogging. Setakat ini didapati berjogging di Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam – menawarkan pemandangan indah student student UiTM dan juga Unisel. Manakala berjogging di Padang Pandamaran dan Taman Rakyat, Tmn Andalas pula menawarkan pemandangan yg jauh lebih indah dengan amoi amoi berlari lari riang. [bunyi ketawa ini telah disensorkan] 

Oleh itu, saya menyeru kepada semua rerakan sekalian – marilah sertai PKJUM ini. Tiada sebarang yuran di kenakan. Sekadar kerelaan hati untuk mengurangkan risiko mati awal; dan juga untuk mengurangkan berat badan; dan juga untuk mengempiskan perut yang boroi. 

Marilah bersama menuju ke arah kesihatan yg cemerlang, gemilang dan terbilang. Satu perkara yang perlu kita ingati sebagai umat Islam. Allah itu Maha Cantik dan Allah amat menyukai sesuatu yang cantik. Marilah kita bersama2 menjadi cantik (bukan cantik auwwwww tau tapi dlm erti kata lelaki sejati – ensem tau)”

Dengan berbekalkan ucapan ini yang telah diperdengarkan kepada beberapa ahli Gang Simpang 4 Teluk Pulai, beriku pula adalah komen2 bernas dan berkas yang sempat pihak wartawan kumpulkan:

Wa punya KBG da jual da……!!!!!!” — Ir Arnodz.

“Apsal Jogging hujung minggu je? Baik join aku – Persatuan Bolasepak Harian International Bagan Serai. So tiap2 petang turun jogging padang bola paling kurang 4 round, then main bola. Hujung minggu biasenyer ade match. If takde match, aku balik KL main ngan team MRCB plak. Aktiviti sukan bukan hanya dihujung minggu!!!!!!!!!” — Ir Arnodz lagi – dengan penuh emosi kasih dan sayang.

Hasil pancing bini aku di Pulau Pangkor. Nak gi laut dalam tak cukup kaki so mancing kat branda seaview villa” — Shamsul Azhari, wakil Parts Division-Network Development & Special Project.

PKJUM. Bagus2. Aktiviti persatuan yg membina kesihatan yg cemerlang dan kalau korang semua takde role model yang nak dijadikan contoh – contohi lah aku. [bunyi batuk yang telah disensorkan] Tiada boroi. Tiada lebihan lemak di perut. Maintain slim bergaya. Hahahaha…Tak ar. Apapun, kita kena selalu bersyukur kepadaNYA atas kesihatan kita sekarang nih. Yang penting kita selalu berdoa agar kita nih selalu sihat; perut boroi ker. Yang penting sihat tubuh badan. But aktiviti PKJUM ni memang bagus demi menjamin kelangsungan kesihatan kita. Aku pun tengok Pie dah makin kurus kacak bergaya. Bagus2…!!!” — Hafizul aka Encik Penagih Emel.

Categories: Gang.Talk

Kenangan Ketika Angin Lalu … [satu]

February 8, 2009 Leave a comment

Baju AdiBlur yang kini sudah rosak dimakan masa dan dimakan sikit2 bila lapar …

adiblur-01

Pie juga berambut belah tengah dengan imej ala2 OAG suatu ketika dulu …

pie-01

Hafizul yang tetiba bertukar menjadi tentera British di Penang …

fizul-01

Syafiq yang baru menjadi bapa – suatu ketika dulu ketika majlis beraya … hooray …

syafiq-01

… dan wajah2 yang hampir lengkap bersempena pertunangan Encik Uzair … dimanakah beliau sekarang?

hampirlengkap4

gambar ihsan kasih dari Fizul aka Encik Penagih Emel.

Categories: Gang.Talk

Open House @ Godam’s New Resident.

December 26, 2008 Leave a comment

Date : 25th December 2008
Address : Kota Kemuning.
Time : —

Categories: Gang.Talk

Komposisi Perjalanan “Mari Beraya” 2008 – part III.

October 21, 2008 2 comments

Rancak bersembang di bawah kanopi di hadapan rumah Kojie di Saujana Utama.

Itulah suasana rumah terbuka hari raya Aidilfitri di lokasi itu. Sedikit demi sedikit rakan2 yang lain tiba. Bebeq juga tiba kemudiannya bersama tunangannya dan rakan tunangannya.

Makanan yang dihidangkan adalah termasuk nasi lemak dan lauk pauk seperti sambal tumis kerang serta mi jawa yang melazatkan. Semestinya Baba’s!

Yang membawa anak2 kecil juga agak sibuk mengawal anak2 dari ke sana sini. Dengan keadaan jalan yang agak lengang menjadikan anak2 kecil sangat gembira berlarian di serata arah. Anak2 kecil inilah bakal menjadi pemimpin negara!

Dalam pada beraya itu – memori lama yang juga diperbincangkan – perancangan drastik telah diwujudkan untuk menyambung perjalanan menuju ke rumah Hafizul di Gombak. Daus antara yang bersetuju, namun dia dan keluarga perlu ke Mentari Court, Sunway terlebih dahulu.

Arnodz juga beransur dahulu untuk mengambil Ayu di Keramat. Adi Blur tidak mengikutnya sekali dan bertukar menaiki kereta Pie bersama sama Badau. Perjalanan semuanya kemudian bergerak menuju ke rumah Hafizul di Gombak.

Dalam perjalanan itu, kereta Pie dan Bebeq berhenti di sebuah Petronas untuk bersama sama menunaikan solat Maghrib dahulu. Kemudiannya, perjalanan disambung terus melalui MRR2 ke arah Gombak.

Ia bagaikan satu keramaian di rumah Hafizul dengan keadaan ramai rakan yang hadir. Menu yang cemerlang iaitu satay merupakan hidangan utama yang juga membuatkan seorang rakan yang mempunyai darah tinggi – terduduk kepenatan. Air minuman bergas keluaran tempatan juga dihidangkan sebagai pembasah tekak. Ada juga yang mengamalkan meminum air minyak cap kapak.

Pada masa di rumah Hafizul – satu lagi perancangan drastik telah dilancarkan. Selain daripada kegagalan mendapat persetujuan untuk menuju ke Air Panas Selayang – akhirnya setelah perkadaran usul, persetujuan diberikan untuk meneruskan komposisi ke rumah Wan@Awang Ganu di Rawang.

Perjalanan yang agak lewat itu berlangsung dalam keadaan hujan renyai2. Hujan membasahi badan kereta masing2 dan hawa sejuk meresapi tulang belulang. Ditambah dengan beberapa kali berhenti di stesen Petronas di beberapa tempat juga menambahkan ketidaklancaran perjalanan. Begitu juga dengan lengkungan S di pekan Rawang telah menyebabkan semuanya menuju ke jalan yang tidak tepat. Ini menimbulkan sedikit keraguan untuk masing2 memikirkan sama ada sudah tersesat ataupun menuju ke jalan yang benar.

Setelah berhempas pulas dan beberapa kali melakukan U-Turn – akhirnya semuanya tiba di rumah Wan@Awang Ganu. Ruang meletak kereta yang terbatas telah menyebabkan Hafizul meletakkan keretanya di bawah sebuah pokok mangga milik jiran Wan@Awang Ganu.

Program beraya di rumah Wan@Awang Ganu sebenarnya merupakan misi terakhir yang akan melengkapkan komposisi program beraya 2008.

Antara isu menarik adalah perbualan berkaitan kaedah menjaga isteri dalam pantang. Lantaran tidak dapat menyertai perbualan, beberapa rakan telah menyelinap keluar walaupun keadaan hujan renyai2.

Yang pertama sekali mempunyai peluang adalah Bebeq dan Hafizul akibat buah mangga jatuh menimpa kereta yang diletakkan di bawah pohon mangga tadi. Ada yang tidak berkenaan malah tidak merokok juga menyelinap keluar dan mengambil peluang untuk mangambil angin malam.

Setelah beberapa lama, program terkahir itu pun tamat dan semuanya mengambil peluang berserakan pulang ke arah rumah masing2.

Antaranya, Hafizul dan isteri ke Klang. Adi Blur, Pie, dan Badau ke Klang. Amzari dan keluarga ke Klang. Daus ke Cheras.

Begitulah antara adanya kisah perjalanan yang melengkapkan komposisi beraya di Aidilfitri 2008.

Semoga kita dipanjangkan umur untuk melalui Ramadhan dan Syawal seterusnya – dan menambahkan ibadat dengan tekun kepadaNya.

Categories: Gang.Talk Tags:

Komposisi Perjalanan “Mari Beraya” 2008 – part II.

October 21, 2008 2 comments

(admin : hari raya ketiga memerlukan imbasan oleh ahli GS4TP. Minta Perhatian.)

Hari berikutnya, yakni hari Sabtu selaku hari raya keempat telah membawa rombongan rakan2 yang paling panjang sekali masanya di maya pada.

Semuanya bermula dengan perjalanan menuju ke rumah keluarga Hafizul dan berkumpul untuk meneruskan ke rumah terbuka Kojie di Saujana Utama, Sungai Buloh. Antara yang hadir termasuklah Badau; Arnodz; Pie; Amzari dan keluarga; Daus dan keluarga; Qito; dan Bebeq (ada yang tertinggal?).

Pada hari tersebut, semuanya nampak sejoli dengan majoriti gang yang mengenakan kemeja. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk menggunakan plag elektrik rumah keluarga Hafizul untuk mengecas bateri telefon bimbit.

Setelah beraya di rumah keluarga Hafizul – perjalanan menuju ke rumah Kojie dimulakan. Namun begitu; Pie, Badau dan Bebeq meminta izin untuk lewat sedikit menyertai rombongan memandangkan ada sesuatu yang perlu diuruskan terlebih dahulu.

Maka, yang lain meneruskan perjalanan menuju ke rumah Apai dahulu; di SS8, Shah Alam (lokasi IFTAR II) untuk bersama sama Apai – tak lupa juga untk sambil beraya di rumahnya.

Semua yang hadir sedikit sebanyak telah terkenang memori lagu Jalil Hamid ketika solat Tarawikh sempena bulan Ramadhan. Ini dtambah lagi dengan pemantauan ke atas sofa Apai yang kelihatan berbeza pada hari tersebut. Pastinya IKEA!

Tujuan berhenti singgah di rumah Apai juga adalah untuk menantikan Badau, Pie serta Bebeq siap dan datang ke rumah di Saujana Utama itu untuk sama2 bergerak menuju ke rumah terbuka Kojie 2008. Nampaknya, Badau dan Pie tiba seperti yang dijanjikan. Namun, bayang Bebeq masih belum kelihatan. Diwartakan oleh Badau dan Pie bahawa Bebeq perlu menunggu tunangannya tamat waktu kerja untuk turut sama dalam rombongan gemilang dan terbilang tersebut.

Maka, perancangan teliti telah dilakukan dengan rakan2 lain bergerak dahulu ke rumah Kojie. Badau, Pie, Adi BLur serta Arnodz kekal berada di rumah Apai sementara menunggu Bebeq tiba.

Di satu ketika, muncul beberapa kanak2 yang girang di hadapan rumah Apai untuk beraya. Ini menimbulkan suasana raya yang menarik apabila tiada duit raya diperolehi oleh kanak2 yang cuba memenuhi komposisi poket mereka pada hari tersebut. Raya bukan untuk duit raya semata.

Arnodz dan Adi Blur kemudiannya bergerak lebih awal ke rumah Kojie untuk menghadiri jamuan yang mungkin akan habis sekiranya dibiarkan.

Kemudiannya, setiap seorang rakan mula hadir sedikit demi sedikit. Ini termasuklah beberapa rakan lama Kojie dan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Telok Pulai.

…end of part II…

Categories: Gang.Talk

Komposisi Perjalanan “Mari Beraya” 2008. – Part I

October 20, 2008 2 comments

Sehabis solat sunat Aidilfitri 2008 – Badau bersama Adi Blur bertolak ke rumah Pie untuk memulakan perjalanan di hari raya pertama. Arnodz telah kemudiannya tiba untuk bersama menziarahi rumah Pie di Kampung Delek Kiri. 4 jejaka simpang ini kemudiannya bergerak menuju ke rumah Along Rosman.

Dalam perjalanan, 4 jejaka simpang itu sempat berhenti untuk solat Zuhur di sebuah surau berdekatan jalan ke Sungai Udang (ahli gs4tp sila kemukakan nama surau). Perjalanan kemudiannya diteruskan tanpa Pie yang menyambung perjalannya sendiri ke Restoran Zuraidah untuk menemui saudaranya yang berhajat untuk berjumpa dengannya di tapak-lepak-keramat tersebut.

Badau dan Adi Blur yang menaiki Wira 1.3M telah bersama KBG milik Arnodz meneruskan perjalanan ke rumah Along Rosman yang terletak di Sungai Udang. Yang sudah tiba lebih awal hanyalah Amzari dan keluarga.

Tidak beberapa lama setelah 3 jejaka simpang itu berada di rumah Along Rosman – Hadi Awang berserta Adliham kemudiannya tiba untuk bersama sama merayakan Aidilfitri 2008. Sesungguhnya Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi umatNya!

Pie juga tiba sejurus kemudian setelah menghabiskan masa bersama saudaranya. Setibanya di rumah Along Rosman – adegan memohon maaf sesama saudara seIslam dalam GS4TP telah dimulakan oleh Pie yang meminta kesalahannya diampunkan oleh Hadi Awang. Namun, aktiviti itu tidak disambung secara berperingkat oleh jejaka2 yang lainnya. Ada yang fokus kepada kaca TV.

Ketika menonton movie Remp-It di kaca TV – Bebeq telah menelefon dan mengajak semua gang yang ada untuk beraya ke rumahnya pada hari tersebut juga. Tanpa melengahkan masa, walaupun Pie agak melengahkan masa dengan menonton movie sehingga penamatnya – kemudian semuanya yang ada di rumah Along Rosman menuju ke Telok Gadong untuk beraya di rumah Bebeq.

Dengan kehadiran gang Simpang 4 Telok Pulai, sedikit sebanyak kehadiran di rumah Bebeq bertambah dengan keadaan pemakanan sihat oleh Adi Blur telah ditunjukkan dengan baik sekali. Kemudiannya, aktiviti melepak dan me’lados’ selepas makan, berlangsung di perkarangan rumah Bebeq.

Setelah beberpa lama – perjalanan diteruskan lagi untuk melengkapkan komposisi dengan menuju ke rumah Badau. Di sini, semuanya kelihatan mengah akibat khasiat makanan yang dihidangkan di rumah Bebeq telah meresapi tulang dan urat rakan2. Hanya kacang di dalam balang yang disentuh oleh pihak lelaki yang hanya berlabun di ruang porch rumah Badau.

Walaupun begitu keadaannya, beberapa insan lain hilang dari perjalanan – yakni Arnodz beserta Vios yang membawa Hadi Awang dan Adliham.

Aktiviti kemudiannya ditamatkan dengan semuanya pulang ke rumah masing2 untuk menghadapi hari kedua yang seterusnya dengan tujuan untuk beraya “tak hengat”.

Pada malam tersebut – aktiviti sebenarnya diteruskan lagi dengan aktiviti “mari beraya ke rumah Adi Blur”. Ketibaan rakan2 pada sebelah malam selepas maghrib yang agak mengejutkan telah diuruskan dengan baik oleh Adi Blur yang acap kali lupa menyediakan pinggan dan cutlery. Ini telah disedarkan oleh rakan2 dengan baik serta berhemah. Anda mampu mengubahnya!

Raya kedua seterusnya telah diisi dengan aktiviti beraya ke rumah Mongo oleh Badau, Pie, Adi Blur serta Arnodz selaku peneraju. Ketibaan rakan2 lewat petang raya kedua telah disambut baik oleh Mongo dengan menghidangkan bihun goreng kesukaan perut rakan2. Setelah habis proses makan dan minum – kemudiannya semua rakan yang hadir ke rumah Mongo, duduk bersembang di ruang tamu luar rumah yang terletak di Jalan Hassan itu.

Topik kapal dan laut adalah antara intipati perbualan mereka.

Badau kemudiannya telah meminta izin untuk beransur dahulu memandangkan Bebeq telah mengajaknya bermain bowling di Shah Alam. Tinggallah Pie, Adi Blur, Arnodz dan Mongo. Kemudiannya Pie juga telah meminta izin untuk bergerak pulang memandangkan hari seterusnya adalah hari bekerja untuknya. Tanpa menunggu lama selepas itu, Adi Blur dan Arnodz juga turut sama pulang beberapa minit kemudian.

Pada malam hari seterusnya – Badau beserta Pie serta Arnodz telah mengajak Adi Blur sekali lagi yang nampaknya gang tetap konsisten memenuhi komposisi beraya 2008 – menuju ke rumah Amzari yang terletak di Kampung Delek Kanan.

Ketibaan mereka pada lewat malam disambut dengan baik oleh keluarga Amzari – tanpa kelibat breadwinner yang ke kedai. Amzari kemudiannya tiba setelah pulang dari kedai berdekatan untuk membeli juadah kepada rakan2.

Hadi Awang juga berserta Adliham tiba beberapa tika kemudian untuk menyertai aktiviti beraya di rumah Amzari. Agak lewat malam kemudian – semuanya pulang setelah berbagai cerita dikongsi bersama sama. Kehidupan ini indah bila kita sayang menyayangi!

… part I end here …

Categories: Gang.Talk

Dodol 2008 : Dingin Malam.

October 7, 2008 2 comments

Program Mendodol 2008 telah dilangsungkan di rumah Along Rosman bernombor 2413. Tarikh berlangsungnya aktiviti bermoral ini adalah jatuh pada 27 September 2008. (Dah lepas lama dah ..)

Keanggotaan bagi batalion bersemangat waja adalah seperti berikut :

1. Along Rosman (lewat sikit akibat dedikasi kerja)
2. Badau
3. AdiBluR
4. Godam
5. IR Arnodz
6. Nazri
7. Hadi Fei Mou
8. Ad
9. Pie
10. Mongo
11. Syafiq

Di samping itu, ada beberapa insan yang telah turut datang beramah mesra di balapan untuk mendapatkan suasana mendodol. Antara yang hadir adalah Mus Lori serta ramai lagi.

Pada satu ketika, beberapa ahli yang kepenatan telah bergerak ke Restoran Mubarak untuk menjamu selera demi singgah sahur yang mengasyikkan. Berikutan itu, nasi goreng ayam telah tiba dengan agak lewat ke ruang balapan pendodolan akibat asyiknya menjamu selera.

Seorang ahli juga terpaksa pulang awal akibat dikenakan kad merah oleh diri sendiri apabila kesakitan lampau di bahagian kakinya telah menjadi2 akibat tersalah langkah parit. Maka, kehilangan satu kuasa kudrat lelaki tetap tidak mematahkan semangat yang lain2nya untuk terus bersama2 menyiapkan dodol perisa asli.

Aktiviti terakhir yang dijalankan sebelum pulang adalah menyapu2 hampas kelapa ke kawah untuk menghilangkan kotoran degil. Begitulah adanya sedikit sebanyak …

Berikut adalah beberapa foto yang sempat dirakamkan dalam beberapa jam penggambaran program Mendodol 2008.

Categories: Gang.Talk

Bilik Stor Virtual : Perasmian.

September 11, 2008 2 comments

Di sini diumumkan lokasi untuk gang.kita bertukar2 dokumen, foto, klip video atau fail audio –  adalah bertempat di http://www.4shared.com.

Kaedah untuk melakukan muatnaik fail telah dimaklumkan oleh admin melalui emel tidak berangkai dari alamat gang.kita@gmail.com.

Berikut adalah rupa laman akaun gang.kita di 4shared.com :

 

 

Saiz bilik stor ini hanyalah 5GB. Maka, kita gunakanlah sebaik2nya. Sekiranya ada fail2 yang lama dan sudah dimuat-turun oleh semua; kita perlu mengeluarkannya dari bilik stor ini secepat mungkin bagi mengelak kebanjiran dan kepadatan ruang sehingga menyukarkan rakan2 yang lain untuk berkongsi.

Selamat memantau bilik stor!

Categories: Gang.Talk Tags:

Mendodol ‘o8 : UnFinal Cut.

September 10, 2008 4 comments

Dilaporkan seperti apa yang kita semua sudah sedia maklum – perbincangan kita melalui emel yang mana bermula di IFTAR tempoh hari, adalah program “Mendodol” kita bagi tahun 2008 bersamaan 1428H. Berikut adalah cadangan serta sekecil2 idea atau keputusan yang telah dikemaskini.

Program : Mendodol ‘o8
Tema : — belum dicadang —
Lokasi : Rumah Along Rosman
Tarikh : 27 Sept 2008
Bermula Jam : 10.oo pm (selepas solat Tarawikh)

Aturcara :
1. Mengacau dodol.
2. Bermain mercun & bunga api. (???)
3. “Rentung” (???)

Sila beri komen anda di sini ataupun melalui emel berangkai. Kemaskini akan kerap dilakukan sehinggalah penamat kuasa mengundi iaitu jatuh pada malam sebelum mendodol.

“Mengundi Tanpa Perlu Membanci.”

Categories: Gang.Talk Tags:

IFTAR o2 : Penghargaan by Hafizul.

September 9, 2008 1 comment

Assalamualaikum kwn2…

Seperti biasa En. Penagih Email…singkatan EPE..pagi2 lg dah menagih email..kali ini aku nak komen skit psl Iftar ’08 kita mlm td..

Rakan2..kita patut plg berterima kasih kpd Badau..krn dia tlh bersusah pyh mskkan utk kitorang..dan jg sume committee makanan yg terlibat.. scr langsung & xlangsung..

Juga perlu berterima kasih kpd tuan rumah..Apai..yg jd host utk Iftar ’08 kita pd kali ini..umah nyer selesa sgt,beso dan hiasan dalaman umah yg cantik..decorate by Eric Casa Impian..

Lauk2 mlm td mmg..meletup!!!.. Perghh!! Lg2 bila aku mkn ayam.. lembut jer..sedap..sampai aku belasah dlm 5 ketul..bkn sng nak jd best cooker cam Badau nih..bkn nak puji melambung.. tp Wawa pun ckp kat aku..pandai Badau msk..lg2 plak msk di bulan pose..mana leh test rasa..u r great…’can u smellllll..when the Badau is cooking..!!’

Sume rkn2 xwat perangai..ok jer..cuma ada yg terlambat sampi.. xpelah..cuma plg aku xleh lupakan smpai bila2..bunyik hp Kito bila solat Tarawikh..aku dah thp gelak bdn vibrate..tp nsb baik gelak silent.. Kito..Kito..mmg drift lah ko.

Ok lah..kat sini aku attach kan skit gambo2 iftar kita mlm td.. selebihnyer aku leh burn cd and courier kat korang..korang bg lah alamat..klo korang nakkan gambo2 nih.

Categories: Gang.Talk Tags:

IFTAR o2 : Penghargaan by Badau.

September 9, 2008 Leave a comment

Assalamualaikum….

Kengkawan suma…..pertama-tama sekali…..first of all…..aku selaku penganjur IFTAR ’08….. ingin mengucapkan ribuan TERIMA KASIH yg tak terhingga pada suma yg dapat menghadirkan diri pada malam tempoh ari di umah Apai……selain itu…aku rasa kita perlu gak berterima kasih pada para pembantu aku:-

  1. Rafie (antara penyumbang idea utk IFTAR ’08 dan juga tikar sejadah kita)
  2. Nazri (org yg paling consent pasal IFTAR ’08)
  3. Adi Blur (pembantu yg bley di harap masa merangkap tukang rasa)

Apa pun..aku rasa kita suma perlu berterima kasih gak pd Hafizul…..ini krn dialah penggerak utama misi IFTAR kita…..kiranye perintis le tuh….bermula dgn thn lepas….di Restoran Pelaga yg telah di syor kan oleh RAPIE (bunyi kasi jawa skit) …… maka IFTAR ’08 nih hanyalah kesinambungan shj …… dan aku berharap……kita leh jdkan IFTAR nih sbg tradisi kita …. sptmana mendodol…..dan mgkn thn depan di umah saudara Nazri…..kita leh select org lain lak sbg penganjur……takan aku je kot….kita kenalah bg chance pd org lain utk menunjukkan bakat yg terpendam,….dan aku cadangkan penganjur utk tahun depan kita serahkan kpd Sdr RAFIE YACOB yg kini berada di Banting…….ingat Pie….jauh bkn alasan…….don woli…..cam aku gak…..dah tentu….for sure nye….ada teman2 yg akan menjadi pembantu ko……yelah…..cam aku nih pun….kalo kengkawan tak tolong…..tak menjadi gak…….sapalah aku tanpa kengkawan suma……

Tak lupa gak pada sdr Apai yg telah berkorban rumahnye utk IFTAR kita thn nih….Apai….aku minta maaf kalo2 ada sbrg kecacatan berlaku pd umah ko slps IFTAR ari tuh…..mgkn ko jgn buka paip air ko kat dpn tu utk 3-4 ari….sal ari tuh dah banjir dah tpt tu….rumput ko tuh leh mati……. kasi kering dulu baru tembak air balik…..minta maaf gak kalo kehadiran kengkawan suma mendatangkan rasa kurang senang pd family ko & jiran2 ko…..tp aku dpt rasakan keikhlasan ko suami isteri Pai……apa pun aku salute abih pd ko & Lin….jutaan trima kasih…..kirim salam pd Lin…….

Anod….pengorbanan lu utk menghadirkan diri dari penang ke IFTAR ’08 kita amat2 aku sanjungi …. walaupun ko menghadapi masalah slps dari IFTAR tuh…tp itu namanye ujian…….yg penting ko lah yg menyerikan majlis kita tuh dgn membawa sekuntum bunga yg tak tau dari mana….. sungguhpun tak dihurungi lebah2 (aku dah tentu sibuk, yg ada bini kontrol sal bini dok perati,yg lelain tuh dok telan air liur sal bulan posa-sekor je lebah tak tahan sgt smpai minta bergambo)…..

Fizul…..terima kasih sal ko lah penyimpan memori GS4 kita…..kiranye ko nih pendrive a.k.a harddisk a.k.a floppy disk a.k.a compact disk a.k.a memory card a.k.a memory stick. Yang sebenarnye aku nak ckp ko ni kiranye photographer le….yelah suma gambo dtg dri ko…kirim salam kat Wawa…..

Adi Blur…..terima kasih sal dtg tolong aku memasak….tanpa ko tak berasa le lauk aku (kan ko tukang tester) …. terima kasih gak sal ko nyer hasil seni klip video tuh…leh panggil klip video ker…..terima kasih gak sal bantu aku mlm tuh dlm penyediaan segala benda…….

Godam….terima kasih sal dpt menghadirkan diri….dan terima kasih gak sebab tlg kemas umah Apai at the end of da majlis….kirim salam pd makcik tuh….

Nazri…..jutaan terima kasih sal ko dok push aku…..kekadang aku nih kalo tak push….suka lebey kurang jek….idea untuk pengisian IFTAR kita nih pun dtg dari Nazri nih…..dia yg cadangkan buat Terawikh kat umah Apai tuh…..tima kasih sal banyk support aku….kirim salam kat Yan…….

Jepri…..terima kasih sal dpt datang walaupun sedikit lewat….yg penting dpt dtg…..itu yg paling utama….kirim salam kat Zana……

Rafie…..terima kasih sal ko antara org yg paling bnyk support aku utk IFTAR kita nih…..terima kasih sal ko nyer tikar yg kita jdkan sejadah tuh….bnyk pahalanye…..terima kasih gak sal ko le yg jd tukang jemput kengkawan yg kehilangan arah tujuan semasa mencari umah Apai ari
tuh…..

Yang lelain tuh…. AMZARI, PUNK, BEBEK, KITO & AWIE .…..korang takde emel….nanti aku sms kat korang…..apa apa pun…..segala yang baik datang nye dari Allah S.W.T dan yg buruk buruk tuh dtg dari kelemahan diri aku sendiri…..kalo ada yg terkurang aku minta maaf banyak banyak….kalo ada yang terlebih aku minta halal……..sekian terima kasih….wassalam……

P/S: lupa lak….dodol….dodol….dodol kita apa cer….korang nak layan dodol tak tahun ni….?

Categories: Gang.Talk

IFTAR o2 : Penghargaan by IR Arnodz.

September 9, 2008 Leave a comment

Yeah!!!!!!

Tahniah dan terima kasih kepada semua; satu kejayaan yang amat memberangsangkan yang telah dilakukan oleh saudara Badau. Dan alhamdulillah, mmg tiada apa2 kejadian yang di luar batasan mahupun keinginan untuk memecah gelas mahupun pinggan mangkuk. Syabas Badau kerana menggunakan unsur pinggan & cawan kertas.

Apa2 pun bak kate Fizul, paling aku salute sekali adalah masakan Badau. Ayam masak kicap great, masak lemak nangka bersama ayam yang berstokin marvellous, ikan bakar bersama Adi masyuk, air asam & tempoyak sehingga menjilat jari & bubur kacang kaw. Semuanya meletop2 apabila dinikmati.

Walau bagaimanapun paling aku tak puas hati semalam adalah pada panggilan dan mesej haram jadah dari no 0192852326 yang tak henti2 mengganggu hidup aku. So aku telah membuat laporan polis di balai polis trafik bandar tun razak pada jam 1-30 pagi tadi beserta bayaran RM300 terhadap gangguan tersebut.

Cilaka!!! Boleh kene saman speed trap plak malam tadi kat bandar tun razak. Lagi tak puas hati coz just speed 100km/h. If aku tau nak kene saman, aku tekan je 200km/h semalam, biar puas hati.

Arini plak bus yg aku naik bley plak breakdown kat tapah. Semuanya gara2 pengorbanan aku untuk turun join iftar bersama korang. Ape2 pun aku amat berpuas hati dengan perjalanan iftar kite semalam. So, menuju umah nazri plak next year k.

Ir. Arnodz
MRCB

(019-2454241)

Categories: Gang.Talk

IFTAR o2 : Penghargaan by Nazri aka Nazgul.

September 9, 2008 1 comment

Ucapan terima kasih yang terhebat buat Badau & Adi Blur kerana berjaya menganjurkan IFTAR 2008 dengan penuh selamber. Hmm…selamber yea!! Mestilah selamber coz Hafizul punye hp – cipan betol!! Congrats Badau!! Masakan yang lazat dan mendapat perhatian ramai sampai kira ok lah Bebek@Pagel tak belasah orang malam tu. Memang dah kira berjaya lah!!

Tq to Apai as a host!! Rumah yang cantik dan sangat selesa!! Maaf jika menyepahkan rumah ko…ape pun tq Apai!! Tq very much!!

To Hafizul!! Ko ni cipan la!! Aku sebenarnya dah tergelak pun!! Berkerut muka aku – cover giler ‘coz wife Apai dok kat sofa luar kat depan tuh!! Aku pun tak tau muka aku mcm tuh!!! Tapi aku dah qadak 2 rakaat tu kat rumah. Hahaha. Lain kali silent mode la. Pagel pun pandai silent kan!! Hishhh…keje je UIA…

To Pie – tq tikar ko & dtg awal on behalf kitorang untuk tolong Apai. Nanti aku sms ok.

To Adi Blur – ko memang penyeri majlis. Good la montaj ko!!!

To anod – ermmm hafizul, tolong send kat gambo ugut.

Tq & come again later. Tq semua!!!!

Categories: Gang.Talk

IFTAR o2 : Penghargaan by Apai.

September 9, 2008 Leave a comment

Assalamualaikum kwn2….

Aku & family selaku tuan rumah IFTAR 08 (1st iftar yg buat kat rumah) thn nie nak ucapkan terima kasih pada kwn2 yg sudi hadir and memeriahkan majlis iftar kite nie. Kalo takde majlis camni, aku pun tak sure bile leh jumpa & berkumpul ngan korang sumer. Walopun ade gak yg tak dapat hadir disebabkan hal2 peribadi masing2; majlis ini telah berjaya mengumpulkan seramai yg bleh gang2 Spg 4 kite.

Di sini aku sekeluarga juga nak mintak maaf di atas segala kekurangan, ketidak selesaan, terkasar bahasa selama majlis ini berlangsung. Almaklum tak penah lagi anjur event2 camtuh kat rumah aku nie. Nie kire 1st time laaa. Harap thn2 akan dtg akan lagi best drpd nie. Nie kire pilot projek laaa – percubaan pertama.

Dengan makanan yg bagi aku perfect; dan aturcara yg simple tapi bermanfaaT(walopun delay skit), sambutan yg menggalakkan – aku rasa Iftar kali nie telah berjaya dengan jayanyer. Tak lupa En. Badau selaku organiser – tahniah diucapkan. You’ve done a great job. & tq gak pada Pie sbb dtg awal & tolong arrange2 ape yg patut kt umah aku tuh.

Cuma yg aku terkilan – gambo aku takder dlm video yg Adi buat tuh. Waaarghhhhhhhh….ko nie Adi. Ko mintak la gambo aku satu sebelum tuh. Aku leh bagi…huhuhu. Janji ade gambo dalam tuh. Aperaaaaa….

Aperpun kalo nak buat lagi aktiviti2 camnie aku sokong & insya-Allah akan join. Mcm aku dengo semalam ade nak buat baraan – aku sokong….aku ok jerrr…..

Ok geng2 sumer gudluck dengan ape yg korang buat n selamat berpuasa. Till we meet again….

Categories: Gang.Talk

IFTAR o2 : Penghargaan by AdiBluR.

September 9, 2008 9 comments

(Ihsan dari Hotmail)

Salamz.

Yang terutama sekali aku panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi membenarkan aku beraktiviti dengan korang. Dibukakan seluas2nya pintu kesenangan untuk aku datang dan enjoy IFTAR 02 + 2008 semalam.

  • Badau : Tq sebab menurunkan ilmu event dari segi masak2 dan handle bahagian keceriaan majlis. Walaupun, akak ko tolong … adik ko tolong – aku still dapat belajar sedikit sebanyak. Its not easy to get the experience yang boleh jadi ilmu tarik duit di masa hadapan. Hehe … nanti akak aku nye pun – aku nak propose ko nye catering. I’m looking forward for ur catering service … and ur store for the catering tools … hehe! Pindah rumah yee …
  • Apai : apa2 pun, sori beb sebab tak include photo ko inside the montage, man …. never thought of asking from u daa … anyway, untuk next year – insya Allah, ko jangan risau – pasti ada wajahmu! Anyway, a super huge THANKZ sebab jadi tuan rumah IFTAR 02. Penuh dengan barang2 IKEA. Tak nak derma kat aku buat kenangan? … hehe.
  • Godam : Serius beb. Lu makin emm … err … hehehe … tapi nanti aku dah kawen pun maybe lebih2 teruk lagi, ye dak? Tq untuk ko juga sebab ada sekali ko tolong bom Pie untuk aku. Tapi, ape daa bom tangan je – kasi C4 laaa … next year jangan buat2 lupa … bom lagi …. kes kes kes.
  • Nazri : Yaa … akan aku lakukan lagi di tahun2 kehadapan. Hehe … maybe nak buat bluray copy pulak kot. Ko beli laa siap2. Hehe … congratz and tq also kat ko selaku the next host for IFTAR 09. tapi, apa daa lupa kueh. Pihak pompuan dah tanya dah … kes kes kes. Then, kita maybe perlukan logo IFTAR GS4TP selepas ni – mcm Olimpik. Takde logo – org tak tau itu Olimpik maa … and kamu bisa dicubit gadis cina yaa? hehe …
  • Hafizul : … aka Encik Penagih Email (EPE) aka Rempit aka psychove? Aku nak gambar2 yang aku posing maut tu nanti eh. Nak kempiskan perut aku sikit. Hehe … gambar ugut2 tu ko bleh kasi kat Nazri ke, Arnodz (hey Arnold) ke … Tq and congrats sebab bawa kamera dan apesal la aku tak bawak je trus beg baju aku semalam dan balik ngan ko je … lupa laa beb.
  • Qito : Ko memang semakin mantap dari segi emosi dan karier. leh nampak perbezaan Qito dulu dan Qito sekarang. Kawan2 yang jumpa Qito katakan terima kasih aku kerana being a great fren. Keta ko pun best … err … nak pinjam lenjan keta ko bulih? Hehe … Lenkali jangan guna ring tone tu beb. Boleh batal solat semua orang karang. Kes kes kes … (Qito nye emel takde ke?)
  • Pie : Yaa … cakap banyak tammau laa … kasi show off sikit rambut baru ko. Ape Beckham2? Hehe .. anyway, thankz beb. Aku tak tau pun tu tikar ko. Aku ingatkan Apai memang buat stok tikar tu. Memang dah jadi surau terus laa semalam. Hehe … tq dowh.
  • Amzari : Dari Johor kau datang; bawa anak dan isteri tersayang; dah ramai ye anak ko sekarang; aku pun baru plan nak bertunang. Hehe … nampaknya ko makin stabil. Aku dengar dah ajdi incharge eh? Aku doakan ko semakin murah rezeki dan hidup bahagia ke anak cucu.
  • Bebeq : Ko pun semakin mantap. Terima kasih yang tak terhingga kerana jadi seorang kawan. Karang apa2 hal, org nak balun aku – aku tag team ngan ko. hehe … (takde emel Bebeq ke?)
  • Jepp : Yaa … Encik Hexagram datang jua. Aku ingat ko tak datang dowh. Ko pun penah membantu aku sangat2 – even last month pun ada lagi job yang kau bawak utk aku. Aku doakan rezeki ko dan aku semakin murah dan tidak putus. Kalau putus pun, itu ujian dariNya, kan … kita semua pernah rasa keadaan macam tu. Tq Jepp!
  • Arnodz : Laa … ko bawak yg cukup2 mantap untuk membotakkan kepala Pie. Ko memang dah rancang ke? Hehe … Memang sungguh bagai dikata. Tapi, suasana tu tak sama dah macam dulu. Kalau dulu ko bawak – mungkin semut akan menghurung gula, tapi sebab semua pun dah kawen dan dah ada komitmen sendiri – ko bawak Amber Chia pun kat Hakim mesti cerita bola punyeee …. heh heh. Say thankz to ur fren sebab join IFTAR kita.
  • Awie : atenye, even datang lewat pon, naseb baek le ade ghope2 lauk ateh meja tu wei. Lame awok dok jumpe kome wei. Dungun nu kome meghanto ye … apa pon, tima kaseh pasei kome jejok juge IFTAR tawun ni. Kome pun makin terer buat wheeley!!!! (takde emel Encik Awie ke?)
  • Punk : Peace beb, Peace! Hehe … nampaknya Punk lebih cool. Chill je dari mula sampai habis. Emm … harap2 kekal kita mengenali each other beb. Tq sebab join IFTAR 02! (Takde emel Punk ke frenz?)

… emm. Itulah dia. Kita berempat-belas pulak tahun ni. Yang penting, taklde sape2 yang balik dulu ke kan. IFTAR 01 adalah memori permulaan – the pioneer IFTAR of the series. Tahun ni IFTAR 02 – pioneer of the home hosting IFTAR. Cumanya, Along je takde. Kita kena mula dari tahun ni laa untuk pujuk Along datang IFTAR 03 tahun depan. Emm … Along pulak akan rasmikan IFTAR 03 yang menjanjikan program yang lebih teliti walaupun singkat. Ok?

Bagi yang tak datang tu – aku harap sangat – next year kita ramaikan majlis…caiyok!!!!

Terima kasih sekali lagi kepada semua. Harap2 kali ni pun ucapan aku tak tertinggal mana2 member yang ada semalam. Vid tu aku tujukan kepada korang. nanti aku masukkan kat YouTUBE dengan tajuk IFTAR 02@2008. Search for it – dan aku juga akan kasi korang the copy of the vid. Specially for Gang Simpang 4 Teluk Pulai!

Membangun Bersama Keluarga.
PsychoMatix aka AdiBluR
+6012 944 0460

http://psychomatix.wordpress.com

Categories: Gang.Talk
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.