Home > Gang.Talk > Pelancaran PKJUM 2009.

Pelancaran PKJUM 2009.

Bertempat di Klang – sebagai bandar bersejarah – sebuah majlis pelancaran Persatuan Kaki Jogging Ujung Minggu (PKJUM) telah dilangsungkan di beberapa tapak ‘jogging’ serta aktiviti riadah bebas. Majlis ini seringkali dan telah dirasmikan oleh pelopor bidang pen’jogging’an Gang Simpang 4 Teluk Pulai iaitu Encik Rafie Yaacob atau dengan penggilan manjanya, Wak Pie.

Di atas masalah kesibukan Wak Pie yang juga melantik diri beliau sebagai Presiden PKJUM, pihak wartawan belum mampu menemubual beliau setakat ini. Namun, setelah gencatan senjata dilakukan – pihak wartawan akhirnya dapat menemubual salah seorang Gang Simpang 4 Teluk Pulai, merangkap wakil beliau iaitu Encik Shahrul bin Zam atau dengan nama manjanya, Badau.  

Berikut disertakan petikan ucapan beliau:

 ”Assalamualaikum w.b.t.

Untuk pengetahuan semua – terutama sekali Presiden Persatuan Kaki Jogging Ujung Minggu iaitu yang teramat mulia  Dato’ Sri Dr. Ir. Tun De Javu Rafie Yacob – ahli persatuan semakin bertambah kini. Yang terbaru; persatuan kita telah berjaya menarik seorang kaki pukul yg teramat terkenal di kalangan kita semua iaitu Saudara Bebek. Bagi tepukan yang gemuruh pada beliau. Beliau telah pun memulakan aksi pertama menjoggingkan diri bersama aku di kemuncak Taman Rakyat pada hari semalam. Kini PKJUM telah semakin bertambah ahlinya. Sebelum ini pada ari Sabtu kelmarin menyaksikan kemasukan seorang penjogging baru dlm PKJUM iaitu Saudara Muncung a.k.a. adik kepada Saudara Bulan. Mungkin ada yang kenal mungkin ada yang tertanya2. Tapi itu bukan masalahnye disini. 

Saya selaku Setiausaha yg dilantik sendiri oleh diri sendiri menyeru kepada semua rakan agar menyertai PKJUM ini untuk kesihatan fizikal dan rohani. Marilah bersama2 kita meningkatkan kesihatan diri kita semua. Pesanan ini ditujukan khas kepada mereka2 yg kompom kompom ada penyakit darah tinggi, kencing manis, obesiti, sakit jantung dan sebagai nye. Aktiviti berjogging ini nyata sekali memberi manfaat yg teramat banyak buat penjoggingnye. Kalau anda tidak percaya – tanyalah pada Saudara Presiden PKJUM iaitu Dato’ Sri Dr. Ir. Tun De Javu Rafie. 

Salah satu manfaat yg amat nyata sekali – pencucian mata selang seminggu sekali. [bunyi ketawa ini telah disensorkan] Untuk mereka mereka yg masih bujang – berjogging boleh dijadikan sandaran untuk memikat aweks aweks bergantung pada tempat jogging. Setakat ini didapati berjogging di Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam – menawarkan pemandangan indah student student UiTM dan juga Unisel. Manakala berjogging di Padang Pandamaran dan Taman Rakyat, Tmn Andalas pula menawarkan pemandangan yg jauh lebih indah dengan amoi amoi berlari lari riang. [bunyi ketawa ini telah disensorkan] 

Oleh itu, saya menyeru kepada semua rerakan sekalian – marilah sertai PKJUM ini. Tiada sebarang yuran di kenakan. Sekadar kerelaan hati untuk mengurangkan risiko mati awal; dan juga untuk mengurangkan berat badan; dan juga untuk mengempiskan perut yang boroi. 

Marilah bersama menuju ke arah kesihatan yg cemerlang, gemilang dan terbilang. Satu perkara yang perlu kita ingati sebagai umat Islam. Allah itu Maha Cantik dan Allah amat menyukai sesuatu yang cantik. Marilah kita bersama2 menjadi cantik (bukan cantik auwwwww tau tapi dlm erti kata lelaki sejati – ensem tau)”

Dengan berbekalkan ucapan ini yang telah diperdengarkan kepada beberapa ahli Gang Simpang 4 Teluk Pulai, beriku pula adalah komen2 bernas dan berkas yang sempat pihak wartawan kumpulkan:

Wa punya KBG da jual da……!!!!!!” — Ir Arnodz.

“Apsal Jogging hujung minggu je? Baik join aku – Persatuan Bolasepak Harian International Bagan Serai. So tiap2 petang turun jogging padang bola paling kurang 4 round, then main bola. Hujung minggu biasenyer ade match. If takde match, aku balik KL main ngan team MRCB plak. Aktiviti sukan bukan hanya dihujung minggu!!!!!!!!!” — Ir Arnodz lagi – dengan penuh emosi kasih dan sayang.

Hasil pancing bini aku di Pulau Pangkor. Nak gi laut dalam tak cukup kaki so mancing kat branda seaview villa” — Shamsul Azhari, wakil Parts Division-Network Development & Special Project.

PKJUM. Bagus2. Aktiviti persatuan yg membina kesihatan yg cemerlang dan kalau korang semua takde role model yang nak dijadikan contoh – contohi lah aku. [bunyi batuk yang telah disensorkan] Tiada boroi. Tiada lebihan lemak di perut. Maintain slim bergaya. Hahahaha…Tak ar. Apapun, kita kena selalu bersyukur kepadaNYA atas kesihatan kita sekarang nih. Yang penting kita selalu berdoa agar kita nih selalu sihat; perut boroi ker. Yang penting sihat tubuh badan. But aktiviti PKJUM ni memang bagus demi menjamin kelangsungan kesihatan kita. Aku pun tengok Pie dah makin kurus kacak bergaya. Bagus2…!!!” — Hafizul aka Encik Penagih Emel.

Categories: Gang.Talk
  1. badau
    March 17, 2009 at 4:12 pm | #1

    Aktiviti terbaru PKJUM…..
    Untuk pengetahuan semua….PKJUM akan menjalankan aktiviti berbasikal di ujung minggu nih bertempat di Bukit Cherakah…..oleh yg demikian…….sume rerakan sekalian adalah dijemput hadir memeriahkan lagi suasana berbasikal ujung minggu ini………..setiap penyertaan untuk aktiviti berbasikal ini adalah ditaja oleh poket memasing…..dan akan di berikan pemandangan indah Bukit Cherakah…..dan kalo dah terlampau penat sgt mengayuh basikal dan tak larat nak balik……umah apai boleh di jadikan sandaran…….tp tanya apai dulu…..aku tak tau pape Apai…..diorang yg nak lepak umah ko lepas tu……aku x bertanggungjawab……..huahauhauhauauh…..apapun….yg penting……..kesihatan haruslah dijaga……..Yok Jogging…..

  2. Jamban Puaka
    March 17, 2009 at 10:14 pm | #2

    weh Adi..kaler blog lu nie..jiwang giler rrr..
    kasi tukar rrr..pastu Font ayat tu kasi besar sikit bleh? kecik sangat lar..

    eh..Adi..apsal tak letak google ads kt Blog nih..letak la iklan google ads..nko reti nak wat ker?

    Apai..meh la joint naek beskal..kt Bkt. Cerakah..bukan jauh dari umah hang pownnn

  3. August 26, 2009 at 11:02 am | #3

    Salam.

    Soalan : Ini adalah theme kedua yang aku gunakan. Semua themes kat wordpress free hosting ni adalah template yg dah siap dan tak dapat nak adjust2. Ada few benda nak kena buat termasuklah subscribe or create paid account kat wordpress utk kita boleh meng’adjust’ kaler2 neh. Bab font tu, nanti aku set balik. Yang default ni as yg suit theme ni. Kalau aku guna theme lain – lebih senang utk fixkan persoalan tu. So, aku take note utk change theme ni afterward.

    Soalan 2 : As wordpress.com ni free hosting dan dia tak sama ngan blogspot yg ko bleh adjust coding utk ko masukkan apa2 elemen lain … so, google ads ke ape ke tak dpt dimasukkan. Yg biasanya buat cenggitu kalu guna blogspot. Emm …

    Sekian.

    Salam.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.