SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PULAI
Sebonar eh – kalu nak cakap pasal Sekolah Kebangsaan Telok Pulai ni – bukan semuo bebudak GS4TP ni ha daghi sano. Ado daghi nogoghi lain pun ha.
klik untuk link ke portal rasmi SK Telok Pulai
Siol je. Telok Pulai bukan di Negeri Sembilan. Telok Gadong pun bukan. Sungai Udang pun bukan yang Melaka punya tu. Ini kisah SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PULAI yang menjadi tempat membesar hampir separuh dari ahli2 GS4TP.
Ok. Mula2 sekali kita tengok details sekolah indah ni dulu.
Berpandukan sehelai leaflet keluaran sekolah ini (leaflet kaler kuning seh), alamatnya mudah habis.
SEK. KEB. TELOK PULAI
TAMAN BERTEK
41100 KLANG
SELANGOR.
Haa. Mudah untuk dihafal. Bagi yang buat kerja sambilan di rumah mengisi brosur dalam sampul dan pulangkan kepada syarikat penaja – boleh sertakan alamat ni sekali – kalau nak cari pasal. Tapi, harap jangan dibuat gila kerana ia mungkin bukan kerja mulia. Mari kita tengok nombor telefon pihak sekolah iaitu 03 3372 0516.
Wah. Nombor telefon 8 angka la. Erk. Selangor memang dah lama 8 angka? Betul jugak.
(Harap maaf. Penulis masih bermimpi berada di Silver State.)
Sila salin nombor tersebut dan simpan dalam buku telefon anda. Nama kerani yang akan pick up the call tidak diketahui buat masa ini.
Sekolah ini betul2 berada di tengah2 kawasan perumahan. Secocok dengan alamatnya yang berkedudukan dalam TAMAN BERTEK. (Harap anda tidak membaca sebagai ‘bersekedudukan dalam TAMAN BERTEK’. Itu cari nahas namanya.)
Bahagian terakhir sebelum topik ini dibuka untuk perbincangan memori dan hati ke hati – mari kita lihat beberapa nama guru yang masih ada (agaknya) sehingga ke hari ini.
Guru Besar aka The HeadMaster ialah Encik Mohd Azman b Abdul Rashid PJK. Err … tapi tadi baru check dah pun diambil-alih oleh Pn Hajjah Hamidah binti Ali Akhbar. Mohd Hafiz aka Arnodz pula adalah bekas salah seorang Ketua Pelajar aka Head of Student di sekolah ini. Penyandang jawatan Guru Penolong Kanan I pula jatuh kepada Pn Hajjah Faridah bt Mohd Amin. Hafizul aka Encik Penagih Emel pula merupakan salah seorang pemain bola sepak terhandal bagi sekolah ini. Encik Aminuddin b Saai pula merupakan salah seorang Guru Disiplin sekolah ini. Sekolah ini mempunya satu padang bola dan satu padang hoki – tapi bukan di 2 kawasan berlainan.
Ada lagi memori2 lain yang boleh dikongsi bersama. ON PC dan hantar KOMEN ke SINI.
TRIVIA : Puasa cukup tak?
tapi masalahnyer…aku dulu sekolah rendah kebangsaan telok gadong
xjd mslh kn lau aku dr sek 2