Nilai.Insan

*Nilai.Insan adalah merupakan satu muka dalam blog ini yang akan memaparkan aktiviti2 kita yang sering secara mudah diterjemahkan sebagai Corporate Social Responsibility aka tanggungjawab kita terhadap masyarakat. Di sinilah letaknya nilai keinsanan ataupun kemanusiaan kita sesama manusia*

1. Derma Untuk Mereka Yang Derita

Pada mulanya, kita disentak dengan penderitaan adik Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib yang berasal dari Kuala Lumpur. Dia menanggung derita penyakit kronik jantung berlubang yang serius. Akan tetapi, Wawa telah membawa khabar berita bahawa adik Adrianna Alysha ini telah pulang ke rahmatullah pada 1 Ramadhan 1428H yang lepas. Semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Al Fatihah.

Untuk meneruskan perjuangan membantu anak2 dan adik2 seperti ini, Arnodz telah membuka akaunnya yang telah sedia dikosongkan untuk fokus kepada hanya wang bantuan kepada mereka yang derita. Di atas kepercayaan rakan2 Gang Simpang 4 Teluk Pulai serta di atas perasaan terpanggil untuk membantu mereka ini, bantuan boleh disalurkan melalui :

Jenis Akaun : Simpanan CIMB
Pemegang Akaun : Mohd. Hafiz Basharudin
Nombor Akaun : 0718 0081 1175 20

Sebarang pertanyaan – boleh terus ditujukan kepada Arnodz dengan mendail nombor telefon bimbitnya.

2. Program Mewakafkan Al-Quran Melalui SMS.

“Kita tahu hampir RM2 bilion dibelanjakan untuk program realiti atau SMS rakan-rakan, apa kata jika satu peratus atau RM20 juta dapat diberikan untuk program wakaf ini.”

”Ini antara langkah yang boleh dilakukan iaitu mewakafkan al-Quran untuk kegunaan penduduk Islam berkenaan bagi membolehkan mereka menghayati ajaran kitab suci itu.”

Sehubungan itu, orang ramai yang berminat untuk membuat sumbangan boleh menghantar SMS dengan menaip WAKAF 1 untuk RM1, WAKAF 2 untuk RM2 dan seterusnya hingga WAKAF 10 untuk RM10 ke nombor 32776. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi talian 03-5511 9001/2/3 atau dengan melayari http://www.restu-art.com.

Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke Bank Islam Berhad atas nama Tabung Amanah Damai melalui nombor akaun 14041010069493. Wakaf al-Quran kali dijangka akan diserahkan kepada umat Islam di Kampuchea, Myanmar dan Sri Lanka.

  1. September 11, 2008 at 2:03 pm | #1

    Sila tambah2 maklumat yang ada di sini sekiranya tidak mencukupi. Mungkin aktiviti kedua adalah melawat ke rumah anak yatim. Kita lihat macam mana. ok.

  2. September 12, 2008 at 4:49 pm | #2

    Sape antara kawan-kawan kita yang memerlukan bantuan Zakat?

  3. September 17, 2008 at 8:38 am | #3

    “Kita tahu hampir RM2 bilion dibelanjakan untuk program realiti atau SMS rakan-rakan, apa kata jika satu peratus atau RM20 juta dapat diberikan untuk program wakaf ini,” katanya.Beliau memberitahu, program yang sama pada tahun lepas itu berjaya mengumpulkan hampir RM3 juta dan 85 peratus daripadanya disumbangkan melalui SMS.”Ini antara langkah yang boleh dilakukan iaitu mewakafkan al-Quran untuk kegunaan penduduk Islam berkenaan bagi membolehkan mereka menghayati ajaran kitab suci itu,” katanya.

    Sehubungan itu, orang ramai yang berminat untuk membuat sumbangan boleh menghantar SMS dengan menaip WAKAF 1 untuk RM1, WAKAF 2 untuk RM2 dan seterusnya hingga WAKAF 10 untuk RM10 ke nombor 32776. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi talian 03-5511 9001/2/3 atau dengan melayari http://www.restu-art.com.

    Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke Bank Islam Berhad atas nama Tabung Amanah Damai melalui nombor akaun 14041010069493. Wakaf al-Quran kali dijangka akan diserahkan kepada umat Islam di Kampuchea, Myanmar dan Sri Lanka.

  4. Hafiz
    October 21, 2008 at 2:23 pm | #4

    Y takde sambutan ni? Yang ade just rambutan dan orang utan….

  5. October 21, 2008 at 4:55 pm | #5

    Tak tau laa … maybe masing2 sedang membuat perancangan serta penyiasatan teliti berkaitan projek2 ni. Ko kena laa kasi buah fikiran sikit. kenapa dan mengapa. heh heh … ok?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.