TERGEMPAR : PELABURAN EMAS ENCIK RAFIE

December 6, 2010 1 comment

(seperti yang dihantar ke email gs4tp group)

Pelaburan & Perniagaan Emas :

Tahniah ! Selamat Datang New Dealer Kesepuluh ke Rangkaian Emas Azhar Mokhtar (RAM) – Encik Rafie Yacob

by azhar on November 21, 2010

Saya mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang kepada New Dealer Public Gold iaitu Encik Rafie Yacob daripada Klang, Selangor kerana langkah bijak beliau menyertai Rangkaian Emas Azhar Mokhtar (RAM). Semoga beliau berjaya melangkah ke hadapan dalam perniagaan jual beli Emas Public Gold.

Kepada pelabur-pelabur emas di kawasan Klang, Selangor khasnya , bolehlah menghubungi beliau untuk mendapatkan nasihat tentang pelaburan dan perniagaan emas Public Gold dan segala urusan jual beli terus menghubungi Encik Rafie Yacob di talian 013-2598006.

Link :

http://azharmokhtar.com/
http://www.niagaemas.com/

Categories: Gang.Talk

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PULAI

August 15, 2010 5 comments

Sebonar eh – kalu nak cakap pasal Sekolah Kebangsaan Telok Pulai ni – bukan semuo bebudak GS4TP ni ha daghi sano. Ado daghi nogoghi lain pun ha.

klik untuk link ke portal rasmi SK Telok Pulai

Siol je. Telok Pulai bukan di Negeri Sembilan. Telok Gadong pun bukan. Sungai Udang pun bukan yang Melaka punya tu. Ini kisah SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PULAI yang menjadi tempat membesar hampir separuh dari ahli2 GS4TP.

Ok. Mula2 sekali kita tengok details sekolah indah ni dulu.

Berpandukan sehelai leaflet keluaran sekolah ini (leaflet kaler kuning seh), alamatnya mudah habis.

SEK. KEB. TELOK PULAI
TAMAN BERTEK
41100 KLANG

SELANGOR.

Haa. Mudah untuk dihafal. Bagi yang buat kerja sambilan di rumah mengisi brosur dalam sampul dan pulangkan kepada syarikat penaja – boleh sertakan alamat ni sekali – kalau nak cari pasal. Tapi, harap jangan dibuat gila kerana ia mungkin bukan kerja mulia. Mari kita tengok nombor telefon pihak sekolah iaitu 03 3372 0516.

Wah. Nombor telefon 8 angka la. Erk. Selangor memang dah lama 8 angka? Betul jugak.

(Harap maaf. Penulis masih bermimpi berada di Silver State.)

Sila salin nombor tersebut dan simpan dalam buku telefon anda. Nama kerani yang akan pick up the call tidak diketahui buat masa ini.

Sekolah ini betul2 berada di tengah2 kawasan perumahan. Secocok dengan alamatnya yang berkedudukan dalam TAMAN BERTEK. (Harap anda tidak membaca sebagai ‘bersekedudukan dalam TAMAN BERTEK’. Itu cari nahas namanya.)

Bahagian terakhir sebelum topik ini dibuka untuk perbincangan memori dan hati ke hati – mari kita lihat beberapa nama guru yang masih ada (agaknya) sehingga ke hari ini.

Guru Besar aka The HeadMaster ialah Encik Mohd Azman b Abdul Rashid PJK. Err … tapi tadi baru check dah pun diambil-alih oleh Pn Hajjah Hamidah binti Ali Akhbar. Mohd Hafiz aka Arnodz pula adalah bekas salah seorang Ketua Pelajar aka Head of Student di sekolah ini. Penyandang jawatan Guru Penolong Kanan I pula jatuh kepada Pn Hajjah Faridah bt Mohd Amin. Hafizul aka Encik Penagih Emel pula merupakan salah seorang pemain bola sepak terhandal bagi sekolah ini. Encik Aminuddin b Saai pula merupakan salah seorang Guru Disiplin sekolah ini. Sekolah ini mempunya satu padang bola dan satu padang hoki – tapi bukan di 2 kawasan berlainan.

Ada lagi memori2 lain yang boleh dikongsi bersama. ON PC dan hantar KOMEN ke SINI.

TRIVIA : Puasa cukup tak?

Categories: Gang.Talk Tags:

HARI BELIA 2010 : Rafie_Yacob via Hotmail

Pada tarikh 14 Mei 2010 yang baru berlalu – Rafie Yacob telah menghantar sejenis emel jemputan untuk mengajak semua ahli GS4TP ke program HARI BELIA 2010. Program oleh kerajaan persekutuan Malaysia ini telah dilangsungkan di Putrajaya dan baru berakhir semalam.

Walaupun emel jemputan tersebut hanya dibalas oleh Arnodz sebagai rakan pertama yang meng’refleksologi’kan diri; namun kemudiannya jawapan balas telah bertambah sebanyak … err … 1 emel … oleh AdiBlur.

Oleh itu, tanpa banyak membuang masa memikirkan kenapa tiada sambutan bagi program seperti ini berbanding program JORAN CALL – berikut adalah lampiran yang dihantar oleh Rafie Yacob via Hotmail :

1. Poster Hari Belia 2010.

click to enlarge

2. Peta Lokasi Tapak Acara.

click to enlarge

3. Poster Clash of The Bands

click to enlarge

4. Poster Acara DJ Madness & Youth Jammed.

click to enlarge

5. Pelan Lokasi Creative Youth Gig & Indie Market.

click to enlarge

6. Ruang Niaga.

“oh…ada lagi nie…kalu korang minat nak meniaga kat situ…diaorang ada menyediakan 50 ruangan Bazar untuk label Indiependent semurah RM600 selama 3hari (14-16 may 2010)” – Rafie Yacob via Hotmail

click to enlarge

Categories: Jemputan

Kenangan Ketika Angin Lalu : [dua]

January 22, 2010 Leave a comment

Berikut adalah beberapa kenangan foto2 lama yang tersimpan dalam khazanah Admin.

[dari koleksi F1 Sepang 2004]

[dari koleksi Templer Park New Year  2004]

[dari koleksi Aidilfitri 2005]

Categories: Gang.Talk Tags: ,

IFTAR 3 : “Hidup Bermasyarakat, Kukuhkan Ummah”

August 26, 2009 Leave a comment

kad-jemputan-iftar

Categories: Jemputan

Pelancaran PKJUM 2009.

March 11, 2009 3 comments

Bertempat di Klang – sebagai bandar bersejarah – sebuah majlis pelancaran Persatuan Kaki Jogging Ujung Minggu (PKJUM) telah dilangsungkan di beberapa tapak ‘jogging’ serta aktiviti riadah bebas. Majlis ini seringkali dan telah dirasmikan oleh pelopor bidang pen’jogging’an Gang Simpang 4 Teluk Pulai iaitu Encik Rafie Yaacob atau dengan penggilan manjanya, Wak Pie.

Di atas masalah kesibukan Wak Pie yang juga melantik diri beliau sebagai Presiden PKJUM, pihak wartawan belum mampu menemubual beliau setakat ini. Namun, setelah gencatan senjata dilakukan – pihak wartawan akhirnya dapat menemubual salah seorang Gang Simpang 4 Teluk Pulai, merangkap wakil beliau iaitu Encik Shahrul bin Zam atau dengan nama manjanya, Badau.  

Berikut disertakan petikan ucapan beliau:

 “Assalamualaikum w.b.t.

Untuk pengetahuan semua – terutama sekali Presiden Persatuan Kaki Jogging Ujung Minggu iaitu yang teramat mulia  Dato’ Sri Dr. Ir. Tun De Javu Rafie Yacob – ahli persatuan semakin bertambah kini. Yang terbaru; persatuan kita telah berjaya menarik seorang kaki pukul yg teramat terkenal di kalangan kita semua iaitu Saudara Bebek. Bagi tepukan yang gemuruh pada beliau. Beliau telah pun memulakan aksi pertama menjoggingkan diri bersama aku di kemuncak Taman Rakyat pada hari semalam. Kini PKJUM telah semakin bertambah ahlinya. Sebelum ini pada ari Sabtu kelmarin menyaksikan kemasukan seorang penjogging baru dlm PKJUM iaitu Saudara Muncung a.k.a. adik kepada Saudara Bulan. Mungkin ada yang kenal mungkin ada yang tertanya2. Tapi itu bukan masalahnye disini. 

Saya selaku Setiausaha yg dilantik sendiri oleh diri sendiri menyeru kepada semua rakan agar menyertai PKJUM ini untuk kesihatan fizikal dan rohani. Marilah bersama2 kita meningkatkan kesihatan diri kita semua. Pesanan ini ditujukan khas kepada mereka2 yg kompom kompom ada penyakit darah tinggi, kencing manis, obesiti, sakit jantung dan sebagai nye. Aktiviti berjogging ini nyata sekali memberi manfaat yg teramat banyak buat penjoggingnye. Kalau anda tidak percaya – tanyalah pada Saudara Presiden PKJUM iaitu Dato’ Sri Dr. Ir. Tun De Javu Rafie. 

Salah satu manfaat yg amat nyata sekali – pencucian mata selang seminggu sekali. [bunyi ketawa ini telah disensorkan] Untuk mereka mereka yg masih bujang – berjogging boleh dijadikan sandaran untuk memikat aweks aweks bergantung pada tempat jogging. Setakat ini didapati berjogging di Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam – menawarkan pemandangan indah student student UiTM dan juga Unisel. Manakala berjogging di Padang Pandamaran dan Taman Rakyat, Tmn Andalas pula menawarkan pemandangan yg jauh lebih indah dengan amoi amoi berlari lari riang. [bunyi ketawa ini telah disensorkan] 

Oleh itu, saya menyeru kepada semua rerakan sekalian – marilah sertai PKJUM ini. Tiada sebarang yuran di kenakan. Sekadar kerelaan hati untuk mengurangkan risiko mati awal; dan juga untuk mengurangkan berat badan; dan juga untuk mengempiskan perut yang boroi. 

Marilah bersama menuju ke arah kesihatan yg cemerlang, gemilang dan terbilang. Satu perkara yang perlu kita ingati sebagai umat Islam. Allah itu Maha Cantik dan Allah amat menyukai sesuatu yang cantik. Marilah kita bersama2 menjadi cantik (bukan cantik auwwwww tau tapi dlm erti kata lelaki sejati – ensem tau)”

Dengan berbekalkan ucapan ini yang telah diperdengarkan kepada beberapa ahli Gang Simpang 4 Teluk Pulai, beriku pula adalah komen2 bernas dan berkas yang sempat pihak wartawan kumpulkan:

Wa punya KBG da jual da……!!!!!!” — Ir Arnodz.

“Apsal Jogging hujung minggu je? Baik join aku – Persatuan Bolasepak Harian International Bagan Serai. So tiap2 petang turun jogging padang bola paling kurang 4 round, then main bola. Hujung minggu biasenyer ade match. If takde match, aku balik KL main ngan team MRCB plak. Aktiviti sukan bukan hanya dihujung minggu!!!!!!!!!” — Ir Arnodz lagi – dengan penuh emosi kasih dan sayang.

Hasil pancing bini aku di Pulau Pangkor. Nak gi laut dalam tak cukup kaki so mancing kat branda seaview villa” — Shamsul Azhari, wakil Parts Division-Network Development & Special Project.

PKJUM. Bagus2. Aktiviti persatuan yg membina kesihatan yg cemerlang dan kalau korang semua takde role model yang nak dijadikan contoh – contohi lah aku. [bunyi batuk yang telah disensorkan] Tiada boroi. Tiada lebihan lemak di perut. Maintain slim bergaya. Hahahaha…Tak ar. Apapun, kita kena selalu bersyukur kepadaNYA atas kesihatan kita sekarang nih. Yang penting kita selalu berdoa agar kita nih selalu sihat; perut boroi ker. Yang penting sihat tubuh badan. But aktiviti PKJUM ni memang bagus demi menjamin kelangsungan kesihatan kita. Aku pun tengok Pie dah makin kurus kacak bergaya. Bagus2…!!!” — Hafizul aka Encik Penagih Emel.

Categories: Gang.Talk

Kenangan Ketika Angin Lalu … [satu]

February 8, 2009 Leave a comment

Baju AdiBlur yang kini sudah rosak dimakan masa dan dimakan sikit2 bila lapar …

adiblur-01

Pie juga berambut belah tengah dengan imej ala2 OAG suatu ketika dulu …

pie-01

Hafizul yang tetiba bertukar menjadi tentera British di Penang …

fizul-01

Syafiq yang baru menjadi bapa – suatu ketika dulu ketika majlis beraya … hooray …

syafiq-01

… dan wajah2 yang hampir lengkap bersempena pertunangan Encik Uzair … dimanakah beliau sekarang?

hampirlengkap4

gambar ihsan kasih dari Fizul aka Encik Penagih Emel.

Categories: Gang.Talk
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.